Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Sketch : Mari Kita Lukis Melukis

Sunday, January 24th, 2010

Salam. Syukur alhamdulillah, laptop aku yang sudah dekat satu bulan berada di pc-BACKUP telah pun selamat kembali. Sampai bersawang sudah aku tengok blog aku ni, Kos dia cuma rm15 ringgit jer. Ntah apa mereka buat selamat satu bulan dengan laptop aku. isk3.

Sebelum terlambat, Tapi macam dah terlambat pulak. aha. Selamat tahun baru 2010 untuk semua dah blog ini. Azam yang belum tertunai akan di bawa ke tahun ini. ehe.

ok-ok..

selama ketidak-adaan laptop kat rumah kerja aku cuma bangun, mandi, makan, tgk tv..wah memang jadi gilar kalau hari-hari camtu. Tapi nasib baik ada kertas dan pensel, boleh jugak buang masa dengan melukis ni. Nak dikatakan pandai melukis taklah pandai sangat. sikit-sikit boleh lah. semua orang pandai melukis, tak caya? . suruh mereka lukis orang lidi semua pandai.. kan kan?? aha.

kat bawah ni ada beberapa lukisan yang aku lukis. Korang boleh lah tengok-tengok, lihat-lihat, pandang-pandang, dan jangan lupa komen-komen. aha.

(more…)

Popularity: 51% [?]

Bahasa Jepun Akan Diperluas Ke Semua Sekolah [QUICKPRESS]

Wednesday, November 4th, 2009

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata untuk itu setiap tahun kementerian akan menambah tenaga pengajar bahasa Jepun di sekolah-sekolah terbabit.

“Setiap tahun kita akan menambah kelas bahasa Jepun di sekolah-sekolah berasrama penuh dan menengah harian apabila pelajar-pelajar kita yang belajar di Jepun pulang ke tanah air,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Osaka University Forum 2009 di sini.

Alimuddin berkata sehingga kini tenaga pengajar dalam bahasa-bahasa antarabangsa masih tidak mencukupi kerana permintaan itu bukan sahaja wujud di sekolah-sekolah malah di kementerian dan jabatan kerajaan.

Sehingga tahun lepas, sebanyak 43 buah sekolah berasrama penuh dan 29 buah sekolah menengah harian terlibat dalam program bahasa Jepun yang menjadikan Malaysia sebagai negara ke-12 teramai mempelajari bahasa Jepun di dunia, katanya.

Forum selama dua hari yang bermula Selasa itu dihadiri oleh tenaga pengajar bahasa Jepun dari Malaysia, Thailand, Filipina, India dan Singapura bagi membincang dan membentangkan pelbagai isu berhubung pendidikan dan bahasa.

Ditanya mengenai siasatan berhubung tragedi jambatan gantung yang runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar pada 26 Okt lepas, Alimuddin berkata jawatankuasa khas itu akan mengadakan mesyuarat kedua pada Isnin depan.

“Mesyuarat kedua itu akan diadakan pada Isnin depan dan kita jangka dalam minggu akan datang kita akan dapat serahkan laporan siasatan kepada Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran),” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa khas yang dianggotai wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis dan wakil kerajaan Negeri Perak itu telah mengadakan mesyuarat pertamanya minggu lepas.

Dalam kejadian itu, dua pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan dan seorang pelajar SJKT Gopeng mati lemas selepas jambatan gantung yang menghubungkan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dan Pusat Kokurikulum Daerah Kampar runtuh.

– BERNAMA.com

Popularity: 17% [?]

9
Tags: , ,
Posted in Uncategorized, news |

Ways to make borders [Beginner]

Friday, October 23rd, 2009

erk?..ada masalah dengan gambar entry korang kat blog or web2 lain..? tenggelam bersama background? or gambar korang xmenonjolkan dirinya?. Jangan risau, sekarang tak lagi. Kini border dapat membantu anda. ahha.

Sebenarnya ada ribuan cara untuk membuat borders. Here el show u cara membuat border yang sederhana dan selalu el gunakan untuk gambar” el. They are quite a few of them dan jika korang merasakan ianya tidak cukup dan korang ada style sendiri untuk membuatnya, jangan ragu untuk berkongsi di sini bersama el. The more technique learned the better the graphic would be. right?..

Anda sudah bersedia untuk belajar sesuatu yang baru?. JOM kita mulakan…
(more…)

Popularity: 23% [?]

Gua dan Gadoh IV

Sunday, October 18th, 2009

Gua dah lama menghilang tak update blog, sebab gua dah semakin sibuk sekarang untuk menghadapi SPM yang bakal menyerang gua tak kurang 30 lebih hari lagi. Gua sudah prepare semua barang2 gua nak menyerang balas geng SPM itu, Antara barang yang gua bawa ialah pen, pencil 2b, pembaris, pemadam, kalkulater, pengasah, dan bnyak lagi seperti nota kecil nak selit dalam nekTIE dan juga gua sudah bersiap mau lawan itu pasukan “bendera”. Harap barang-barang gua semua ni memberi kesan kepada geng tersebut.

Gua sebenarnya bukan nak story pasal peperangan gua, tapi nak cerita pasal gua dan gadoh, bukan cerita gadoh yg korang tgk tuh. Gadoh dengan kaum-kaum kat sekolah yang tak puas hati dengan geng2 lain yg gua tgk review dari adek loqnerd.com. Gua dah biasa dengan semua tuh beb. Kalau nak lawan dengan Genji gua lagi kuat. ahha. Tapi sekarang guna nak cerita pasal pergadohan gua dengan kawan gua semalam. Semuanya sebab tak puasa hati saja beb + salah paham gua ngan kawan gua. Disebabkan satu perkara saja nie gua dah gadoh dengan dia.

***

Nak distory kan ceritanya bermula begini..

(more…)

Popularity: 38% [?]

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H

Thursday, August 20th, 2009

ramadhan-uy

rambu-puasa

Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Sedar tak sedar esok kita dah mula untuk menunaikan kewajipan kita iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Jangan lupa untuk bangun pagi di esok hari untuk bersahur hehe. (more…)

Popularity: 30% [?]

(TV3 SERIES) AKSI : BIO-NIK

Sunday, June 7th, 2009

master-bio-nik2_image

YEY.  jom layan cerita nih, hebat juga lah walaupun aku dah ketinggalan beberapa espisod :P. citer nie cam inspektor gajet dan smallville lah lebih kurang. Boleh dikatakan best lah juga jalan ceritanya. Setakat ni, inilah antara slot aksi paling best yang dibuat oleh KRU. Selain itu, ditambah lagi dengan CGI diaorg yang dah makin up-to-date. fuhyoooo!!.

(more…)

Popularity: 79% [?]