Archive for the ‘news’ Category

Yahoo messenger 11 beta : Integrasi Facebook

Sunday, November 21st, 2010

Sepertimana yang anda tahu, semua semua orang sekarang tengah rancak mengejar facebbok dan mencuba untuk integrasikan aplikasi mereka. Yahoo baru sahaja melepaskan Yahoo Messenger 11 mereka versi Beta. Versi ini telah mencuba untuk mengintegrasikan ciri-ciri facebook ke dalam YM seperti Facebook chat integrasi, permainan seperti Farm Villie, Mafia perang dan lain-lain.

(more…)

Popularity: 2% [?]

2

Highlights Malaysia vs China PR 2-0 Sukan Asia Guangzhou China 2010

Saturday, November 13th, 2010

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak berjaya menyekat kemaraan pasukan china yang terus mendahului pasukan lain dalam saingan kumpulan A pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China apabila menang 2-0 di Stadium Tianne hari ini.
Meskipun China mampu mengawal pemainan dengan baik pada babak awal perlawanan, namun kesilapan barisan pertahanan china ketika menerima serangan Malaysia telah membuka ruang kepada zaquan adha untuk melakukan jaringan pertama pada minit ke-52 melalui tendangan percuma/free kick.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan negara bermain dengan corak permainan yang lebih agresif namun Malaysia lebih bertuah dengan kehadiran gol kedua pada minit ke-84 hasil tendangan kencang zaquan adha. (more…)

Popularity: 1% [?]

0

Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular ABPBH 2009

Monday, April 5th, 2010

Heiyah!. bertemu lagi kita sekali lagi dengan ABPBH 2009 atau pun lebih dikenali sebagai Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Kali ini Kak Engku kita digandingkan dengan Sharifah shahirah untuk mengacarakan program ABPBH 2009 ini. Pendapat saya mereka berdua ini sesuai sekali digandingkan malam ini. haha, lawak-lawak spontan yang diberikan oleh mereka berdua memang menceriakan lagi suasa anugerah itu.

(more…)

Popularity: 10% [?]

Al-fatihah atas pemergian Din Beramboi

Friday, April 2nd, 2010

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat. Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.

“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.


Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.
Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

“Beliau adalah insan pertama yang ”pergi” dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana. – Bernama

sumber : bharian

Popularity: 8% [?]

8

Plugin from the creators of Brindes :: More at Plulz Wordpress Plugins

Wordpress Seo Plugin