May 2nd, 2010

heiyah! salam buat semua, hari ini aku akan share untuk korang yang suka editing, design dan yang sewaktu dengannya, kali ini aku post link untuk download adobe photoshop cs5 portable. okey! buat sesiapa yang belum tahu lagi apa itu portable? maksud portable ialah mudah alih; yang mudah dibawa seperti yang tertulis dalam kamus dwibahasa oxford fajar edisi keempat muka surat 310 baris ke-9 dari bawah.

Selain itu, versi portable ini juga adalah lebih sikit saiz mb dia daripada yang saiz mb yang asal. ok! link download adobe photoshop cs5 portable ini hanyalah pre-release dan mungkin akan berlaku perubahan pada versi yang akhir nanti.


 Powered by Max Banner Ads 

Popularity: 45% [?]

April 10th, 2010

Heiyah!. Salam buat semua, kalau dahulu saya hanyalah seorang penonton bagi peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal yang dia buat oleh denaihati.com dan Contest itu telahpun berjalan dengan lancarnya dah pemenang sudah mendapat habuan masing-masing. Tapi kali ini saya beranikan diri untuk menjadi peserta contest Hidup Untuk Memberi – Laptop Acer Aspire One Percuma walaupun peluang untuk menang memang tipis kerana banyak lagi blog-blog diluar sana yang lebih power. Tapi saya tetap join kerana saya masih lagi berpegang kepada prinsip Hidup Berani Untuk Gagal.

Yeah! seperti yang anda semua tahu, denaihati.com mempunyai semangat “hidup untuk memberi” oleh itu, denaihati.com bukan sahaja menyediakan satu tapi 2 buah laptop Acer Aspire One untuk dimenangi oleh blog yang layak. Contest ini juga terbuka kepada semua blog yang ada di dunia ni (forum, kumuniti dan website tidak layak). Jadi, kepada blogger-blogger diluar sana, jom menangi Laptop Acer Aspire One Percuma kerana anda hanya perlu memenuhi 3 syarat sahaja, senang bukan?

Popularity: 81% [?]

April 5th, 2010

Heiyah!. bertemu lagi kita sekali lagi dengan ABPBH 2009 atau pun lebih dikenali sebagai Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian. Kali ini Kak Engku kita digandingkan dengan Sharifah shahirah untuk mengacarakan program ABPBH 2009 ini. Pendapat saya mereka berdua ini sesuai sekali digandingkan malam ini. haha, lawak-lawak spontan yang diberikan oleh mereka berdua memang menceriakan lagi suasa anugerah itu.

Popularity: 28% [?]

April 2nd, 2010

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat. Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.

“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.


Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.
Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

“Beliau adalah insan pertama yang ”pergi” dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana. – Bernama

sumber : bharian

Popularity: 23% [?]

8
March 27th, 2010

JOM KITA BERGELAP MALAM INI..
SELAMA  1 JAM, 8.30 – 9.30
SOKONG EARTH HOUR..

maklumat lanjut boleh pergi laman web ini http://www.earthhour.org/ :)

Popularity: 12% [?]

4
March 24th, 2010

Heiyah! dalam tutorial photoshop kali ini, kita akan belajar cara untuk membuat efek warna teks bercahaya ataupun colorful glowing text effect menggunakan adobe photoshop. Korang mestilah mempunyai kemahiran asas dalam photoshop untuk mengikuti tutorial kali ini. Tutorial ini di dalam tahap tak susah dan tak senang sangat, apa yang perlu fokus dan teliti mengikut langkah- langkah yang telah saya berikan untuk korang semua. Semoga korang berjaya dan dapat menghasilkan efek ini dengan jayanya. :)

Popularity: 26% [?]


wordpress seo