
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat. Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.
”
Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.
Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.
Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.
Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.
Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.
Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.
“Beliau adalah insan pertama yang ”pergi” dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.
“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana. – Bernama
sumber : bharian
Popularity: 7% [?]
Tags: alfatihah, din beramboi, juri raja lawak, meninggal dunia, pelawak



Al-fatihah atas pemergian Din Beramboi | elyaszbha | Hidup berani untuk gagal…
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan…
alfatihah…semoga roh beliau dicucuri rahmat…amin
.-= mohdisa´s last blog ..In Memory of Din Beramboi =-.
Reply
elyass Reply:
April 2nd, 2010 at 2:03 pm
amin, =(
Reply
saya peminat pelawak Din Beramboi…saya sangat sedih atas kehilangan beliau…semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya…amin.
Reply
elyass Reply:
April 3rd, 2010 at 2:33 am
amin. saya pun peminat no1 satu dia jugak. =(
Reply
din beramboi byk pahala woo! hari2 buat aku happy.
.-= izz´s last blog ..Blog saya sudah ada 116 posts dan saya never bother to celebrate. =-.
Reply
elyass Reply:
April 3rd, 2010 at 8:18 am
hehe. semoga arwah ditempatkn dlm kalangan org2 yg biman dan dirahmati allah.
Reply
Amin.
.-= neodmarco´s last blog ..Cara Paling Mudah Buat Horizontal Tab Menu Bar Untuk The Blogger Template Designer. =-.
Reply