November 4th, 2009

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata untuk itu setiap tahun kementerian akan menambah tenaga pengajar bahasa Jepun di sekolah-sekolah terbabit.

“Setiap tahun kita akan menambah kelas bahasa Jepun di sekolah-sekolah berasrama penuh dan menengah harian apabila pelajar-pelajar kita yang belajar di Jepun pulang ke tanah air,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Osaka University Forum 2009 di sini.

Alimuddin berkata sehingga kini tenaga pengajar dalam bahasa-bahasa antarabangsa masih tidak mencukupi kerana permintaan itu bukan sahaja wujud di sekolah-sekolah malah di kementerian dan jabatan kerajaan.

Sehingga tahun lepas, sebanyak 43 buah sekolah berasrama penuh dan 29 buah sekolah menengah harian terlibat dalam program bahasa Jepun yang menjadikan Malaysia sebagai negara ke-12 teramai mempelajari bahasa Jepun di dunia, katanya.

Forum selama dua hari yang bermula Selasa itu dihadiri oleh tenaga pengajar bahasa Jepun dari Malaysia, Thailand, Filipina, India dan Singapura bagi membincang dan membentangkan pelbagai isu berhubung pendidikan dan bahasa.

Ditanya mengenai siasatan berhubung tragedi jambatan gantung yang runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar pada 26 Okt lepas, Alimuddin berkata jawatankuasa khas itu akan mengadakan mesyuarat kedua pada Isnin depan.

“Mesyuarat kedua itu akan diadakan pada Isnin depan dan kita jangka dalam minggu akan datang kita akan dapat serahkan laporan siasatan kepada Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran),” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa khas yang dianggotai wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis dan wakil kerajaan Negeri Perak itu telah mengadakan mesyuarat pertamanya minggu lepas.

Dalam kejadian itu, dua pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan dan seorang pelajar SJKT Gopeng mati lemas selepas jambatan gantung yang menghubungkan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dan Pusat Kokurikulum Daerah Kampar runtuh.

– BERNAMA.com

Popularity: 5% [?]

Tags: , ,

9 Responses to “Bahasa Jepun Akan Diperluas Ke Semua Sekolah [QUICKPRESS]”

  1. elyass says:

    haha..bahasa jepun lak plak kena blajar.. :]

    Reply

  2. shandye says:

    omg omg omg…
    that is actually something interestng that will be looking forward to i guess…
    yela… nowadays actually bahasa jepun is getting more and more recognize as a language widely used in engineering and such.. hehehe….

    Reply

    elyass Reply:

    owh rely..
    idk bout that..haha :P

    Reply

  3. aisyahkama says:

    agreed. i learnt japanese about 4 years. tapi still tak reti cakap, baca tau lah. hahahaha.

    Reply

    elyass Reply:

    yeah..
    seem like it hard to me also..haha..
    nasib baik this is my last year at school haha..

    Reply

  4. Nine says:

    arigato elyass..wakalimasta hait…

    oko san ? konichiwa suzuki honda ?

    hehe..

    best per belajar jepun..hehe..

    Gudluck spm lyass…18 nih..sama Nia…
    .-= Nine´s last blog ..Catcheye Online Advertising =-.

    Reply

  5. elyass says:

    haha suzuki honda…
    lucu plak..

    yelah best..
    tapi xsmpt nak blajar..hehe
    dh lepas…

    ok thx

    Reply

  6. syinrayafa says:

    best ke bahas ajepun eh..? mungkin dgr mcm kasar skit kot….haha..

    korea baru best…haha.. *bkn mamat jiwang ni..haha..
    .-= syinrayafa´s last blog ..Bila Semua Orang Ada Blog =-.

    Reply

    elyass Reply:

    tulah bahasa jepun ganas sikit..
    dengar cara sebutan pun mcm nak marah..haha..

    korea *booo* hahaha

    Reply


CommentLuv badge
:-) :( :(( :? 8) :D :P :oops: :cry: :wink: :love: X( :x


Plugin from the creators of Brindes :: More at Plulz Wordpress Plugins

wp